Tuesday, June 8, 2010

Kemaafan & Forgiveness



Diceritakan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawasanya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak halal bagi seorang Muslim itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada 3 hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke arah yang lain dan seorang lagi ke arah yang lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini adalah sesiapa yang memulakan salam." Imam al-Tirmizi


Tidak bertegur sapa melebihi tig hari menurut hadis ini adalah HARAM. Manakala memberi salam di antara dua pihak yang bergaduh sudah cukup sebagai syarat pendamaian. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Silaturrahim itu tergantung di Ararsy lalu berkata, ' Sesiapa yang menyambungku (silaturrahim) maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskannya, maka Allah akan memutuskannya. " (Riwayat al-Bukhari, 4 /112)

Dalam sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehingga mereka kembali berdamai semula."

Maka setiap individu harus memiliki sifat terbuka dan suka memaafkan di samping kuat sangkaan baiknya terhadap sesama Muslim tanpa perasaan hasad dengki. Dengan sedemikian nescaya kita tidak akan terperangkap ke dalam kancah permusuhan sebaliknya persaudaraan akan terus kukuh dan teguh sesama umat Islam..

=)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...