Monday, June 7, 2010

Cinta Sufi


SINOPSIS:
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina renah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Lanksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.. bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi.

Komen:
Sebuah novel yang digarap dengan begitu mantap. Setiap watak diberikan perwatakkan yang begitu jelas dan senang untuk difahami. Semua kisah dimulakan dengan kisah Catalina, seorang balu penjajah politik, seorang kerabat bangsawan yang tercari2 petunjuk yang dijelmakan dalam mimpinya setelah kehilangan suaminya pada perang dengan kerajaan Turki Uthmaniah. Manakala Puteri Kober Gandering yang hampir mati telah diselamatkan oleh seorang watak baru, Pangeran Garitno yang mengakui keponakkan Taming Sari, rupanya mempunyai muslihat yang amat keji. Sunan pula, kehilangan segala tenaga akibat terperangkap pada masa depan, semua kudratnya hilang dan dia cuma bertawakkal pada Allah sahaja..

Siapakah Luna??? Adakah Sunan akan selama-lamanya kehilangan tenaganya??? Bagaimana pula dengan Catalina??

Pada pendapat saya, novel ini amat menyeronokkan dan memang menarik... Saya bagi 4 1/2 bintang.. =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...