Friday, December 28, 2012

Seriously?

Semalam..

Beli la makan kat kedai, nak balik dah, then tetiba nampak la kat TV1 ada la FORUM HAL EHWAL ISLAM..

xdengaq pun apa yang pengacara bebel, yang leh tertarik pi dekat tv bila nama USTAZAH mashitah ada..

ingat ka tajuk ekstrim la..

alih2 rupanya tajuk ANDALUSIA - ANAK DARA LANJUT USIA.. (??)

SERIOUSLY?

 dalam banyak2 masalah global tajuk tu dijadikan tajuk?

kesian tengok muka2 penonton kebanyakkannya makcik pakcik, habiskan masa dengan tajuk yang pfffttt~

SERIOUSLY? BUTER - BUJANG TERLAJAK pun sama banyak xjadi isu pun pfttt~.

again SERIOULY Forum Hal Ehwal Islam?

haisssh~

SERIOUSLY? 


Sunday, December 23, 2012

Kiamat

21.12.2012
ada yang dok heboh2 kata nak kiamat la apa la..
nervous? xpun sebab xnampak apa2 tanda besar lagi..
Alhamdulillah tapi cerious jangan percaya dengan dakyah2 "mengagak-agak" ni..

22.12.2012
bangun pagi, gosok gigi, makan nasi lemak, jalan kaki p kerja..
tak ada apa pun =="

hmm kesian dekat siapa2 yang p percaya, buat benda yang hentah ape2 semata2 nak habiskan hari terakhir dibumi ni..
ahahahah cerious, hidup ni tolong la, kalaw xtaw, sila bertanya..
jangan semborono ja p percaya dengan ramalan Mayan yang mana setahu aku, dari pa yang dibaca, kalender depa xlengkap..
ahahahaha..

TAPI

yang sedihnya disebalik semua ni adalah golongan manusia yang lemah rohani dengan pi percaya semua ni..
p perabih duit beli benda xpatut, buat benda xpatut..
tapi celik mata keesokkan pagi, tadaaaa masih lagi segar bugar..

hmm moral:- kepada yang Islam, berpegang la pada Quran dan Sunnah, banyak diceritakan pasal tanda2 kiamat..
pada yang non-muslim, cari tokoh agama, bertanya bagi sahih, bukan memba** buta ja k..

Sekian :D
*xsabar dating ngan my mom 25.12 ni ahahahaha


*TQ pada tuan empunya gambar - google ja :D*

Tuesday, November 13, 2012

Lunch Time Post :D

Hallloooooooo~

Huh sebenornyerr den ni dok lunch sambil bekerja..
hah? tak paham?

aigoo, maknanya, den kijo sambil makan lorh hehehe..
mana taknya kijo 3orang den ngan bos ja buat, so agak serabut la..

keisan kat 2orang rakan sekerja den, anak demam panas dan kereta rosak, perkara yang tak boleh dielak rite?

Jadi walaupun dalam kesempitan, den ambik jugak kesempatan blogging la skit.. sambil layan lagu They Don't About Us - One Direction..

Den tak mengerloh a.k.a. curi tulang ek sebab sekarang adalah waktu rehat..

hehe bak kecek orang putih, kill two birds with one stone, or some sorts meaning like that la..

ok2 nak sambung kijo balik, malam ni ada date kat pet shop lak hehe




Sunday, September 9, 2012

Kucing Saya :D 私の猫

Good Morning Everyone
おはようみんな
(bajet cakap Jepun la plak ahahahahaha)

*hahahahahaha bajet cakap jepun ni pun akibat pengaruh Fairy Tail

ok2, entry kali ni bukan nak cakap pasal tu tp Neko a.k.a Kucing hehehe

Actually (bajet orang putih la plak ahakkss) 2,3 bulan lepas praktikal ni, hahaha masa terluang selain menggemukkan diri, aku menceburi bidang memberi kucing makan, hehehe ..

mula2 tu bagi makan nasi gaul (campur haha) ngan tulang ikan.. lepas tu nak hebat sikit p la kedai runcit dekat rumah beli makanan kucing 100g = 1ringgit.. selalu beli 2ringgit tahan la 3 hari sebab mula2 ada seekoq ja kucing betina putih.. i call her kristen "snow white" stewart sebab dia suka raghaih (panjat) tingkap dapoq bila dengaq suara orang nak p buka pintu dapoq atau explanation mudah ganas hahaha (ala xtengok ka Snow White and The Huntsman? Snow White tu kan suka raghaih, lawan merata :P )..

lama kelamaan ada mai lagi dua ekoq, seekoq tu jantan,sekoq lagi tu betina.. yang jantan tu hitam putih so aku panggil Panda then yang betina tu bulu lebat, aku panggil dia Browny Furball hehehe..

Furball ngan Kristen paling extrem punya manja sebab depa akan ikut kita sampai lintas jalan p kedai runcit pun dia ikut... xcaya? satg masukkan video hehehe..

ok ni la 3ekoq 私の猫 pose depa dok tidoq hehehe:




Furball


Panda ver. 1


Panda ver. 2


Kristen ver. 1


Kristen ver. 2

mai sebelum na ucap Sayonara ni, kita usha2 skit hadis ni :)


Dari Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
Kucing itu tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan hewan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shohih)



ni plak khusus untuk yang suka buat benda xsenonoh kat kucing, dera dan sewaktu dengannya..


Dari ‘Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga mati kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum, dan tidak pula dilepaskan supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di Bumi.”
[HR Muslim]


"So much I can't resist" - Drunk On Love / Rihanna

Saturday, May 12, 2012

antara Hijabista Agama dan FreeHair-ista

Haloooo..
adoi lama seyh xupdate apa2.. gomene *sorry*

ok sebelum ke permasalahan, mari kita kenal2 dulu term Hijabista..

hmm term Hijabista ni sebenarnya combination of Hijab dan Fashionista..
jadi kita dapat la kan gambaran tentang apa itu hijabista..
dapat x?
xdapat lagi?
ok ni contoh dia..


FreeHair-ista plak istilah aku sendiri untuk free hair yang suka berfesyen..

ok masalahnya skrang apabila muncul segelintir hijabista yang mempunyai sedikit ilmu agama mula menghentam golongan FreeHair-ista ni.. Antaranya yg dihentam dan jadi isu macm soal rambut xtutup, terdedah sini terdedah san dan etc.

pada aku, semua ni bukan masalah tapi pada diri sendiri.. kenapa kita perlu pergi tunding jari pada orang yang tidak mengikut cara kita? ya, memang menutup aurat itu wajib and tak ada istilah untuk terbuka hidayah baru nak tutup aurat (psst, kalaw nak tunggu dapat hidayah sebelum ni ko kuffar la ek, dh xdak hidayah..) tapi dengan mengata dan menghukum tanpa mencari jalan penyelesaian tak akan menghasilkan dunia yang lebih indah.. (psstt, mana nak indahnya, pompuan bila gaduh memang seronok tgk tapi gerun tetap ada kot haha)

oppss ingin beta tegaskan sekali lagi bahawasanya bukan semua hijabista macam tu, mostly yang aku kenal semua sweet dan sblum ni depa adalah FreeHair-ista hehe.. yang jadi masalah hanya pada segelintir hijabista sahaja yang mempunyai sedikit ilmu agama k..

Actually nak cakap sikit ek kat geng2 ustazah hijabista wannabe ni, hisshh cuba xpayah nak kacau2 orang lain dengan mengkritik dan menghentam ka.. Yes anda memang ada sedikit ilmu agama, tapi menghentam xkan membuat orang tu dengaq cakap hang la gila.. apa kata selidik dulu, then cari jalan nak pancing minat golongan sasaran..

Btw, ustazah hijabista wannabe, anda pun tutup aurat xsempurna ok.. xsemestinya anda pakai tudung labuh anda baik, cuba alihkan pandangan ke bawah --> baju ketat, seluaq sarung nangka.. xka sama buruknya?
hahaha.. bahasa senang nak cakap la kan KENCING DALAM TEMPURUNG, SULUH MUKA SENDIRI sebelum nak suluh muka orang lain tentang aurat k..

nota kaki: Annoying la gila terutama tiba2 keluaq statement2 pasal aurat dari geng2 ustazah hijabista wannabe ni.. huh! come on haters, bring it on :D

http://www.smileycodes.info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...