Sunday, March 10, 2013

5 sebab aku TAK SUKA hari ISNIN

ini adalah antara 5 sebab aku tak sukakan hari ISNIN

1. PERMULAAN HARI (bagi wilayah dan etc; AHAD untuk Kedah, Terengganu dan Kelantan)

aku ni dah la kerja 6hari seminggu, dari 8:30pagi sampai 6petang.. lepas tu Ahad ja cuti, Isnin mula kerja.. hmm antara simptom2 aku patut henti kerja adalah "apabila kerja yang dibuat xpernah habis dan tak henti2" seriously tu la yang aku rasa skung dan itu la kenapa aku benci ISNIN

2. KENA SEDIA MACAM-MACAM 

dah la cuti sat, then bila mula nak kerja, baju nak kena cari siap2 untuk seminggu - yap aku xsuka pilih baju last minit.. kena sediakan alat2 tulis untuk kerja, buku ka, nota ka adoiii~ kalaw student:- nota, assignment, quiz, tutorial bagai ahahaha

3. KENA BANGUN AWAL (SNOOZE JAM BERMULA.!)

walaupun jam tu dikunci lebih awal, caya la, semua orang akan snooze jam tu lebih dari sekali baru bangun. dan tahap kerajinan untuk snooze tu memuncak bila anda terdapa simptom "apabila kerja yang dibuat xpernah habis dan tak henti2"

4. JADUAL SENTIASA LARI!

bila mulanya isnin, maksudnya jadual semua akan lari - jadual untuk bangun pagi, makan breakfast + baca surat khabar, balik kerja, online baca komen2 "brilliant" politik - yang kadang2 buat aku rasa lebih cerdik ahahaha..

5. sebab ISNIN 

walaupun alasan kelima xrigid tapi macam lagu Rebecca Black tapi versi Monday - walaupun sound catchy tapi till annoying =,="

SELAMAT HARI ISNIN - SILA "MENIKMATI" ISNIN ANDA :)


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...