Saturday, December 11, 2010

RAYYAN FANTASI - Ramlee Awang Mursyid

Karya baru Ramlee Awang Murshid.. Rayyan Fantasi.! Novel kali ini menggunakan tagline - Apa yang terfikir.. itu ada! Kandungan yang sangat menarik untuk dibaca.. diulang-ulang baca.. memang xkan bosan..

Ini serba sedikit mengenai sinopsis daripada novel tersebut:

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru..vdia memiliki keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusia yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidapi barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki gunung kenabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.

Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan perempuan.

hah tu lah antara sinopsisnya.. nak taw lebih lanjut kena lah p beli.. xmahal pun.. cuma RM19.90 ja.. :) Selamat membaca k.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...